Welcome

Welcome to Agrikan !!

Monday, December 14, 2009

Pictures from Ladang Agrikan




Posted by Picasa

Friday, August 21, 2009

Ikan Keli Salai 'One Newtech': Aroma Penambat Selera



SAJIAN BERKHASIAT... Kaya dengan protein dan lemak asid omega-3 dan rendah kolesterol serta lemak tepu; ikan keli salai "One Newtech" adalah ideal untuk kesihatan. Pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama ini dalam seminggu dikatakan boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung. Malah, asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, dan juga sistem peredaran darah dalam badan. Foto: Mohd Azhar Ibrahim Oleh Mohd Azhar IbrahimSempena Ekspo Mega Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 24-28 JunKUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Selepas berhenti daripada jawatan sebagai pengurus perhubungan awam dengan sebuah syarikat penerbangan beberapa tahun lepas, Shaharuddin Md Yusof, 60, merealisasikan minat dalam perniagaan dengan menternak ikan keli dalam tangki simen.Pada permulaan beliau menjual ikan keli hasil ternakannya itu kepada penjual di pasar malam dan pasar tani yang terletak berhampiran.Shaharuddin bersama saudara lelakinya menubuhkan Newtech Aquaculture Sdn Bhd pada Januari 2007, dan kemudian mendaftarkan syarikat berkenaan di bawah Skim Anak Angkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), untuk mempelajari lebih mendalam mengenai industri akuakultur ikan keli.Sejak Disember 2008, perniagaan itu, kini dikenali sebagai One Newtech, kini dimiliki sepenuhnya oleh Shaharuddin.Dengan semangat untuk melebarkan perniagaannya, Shaharuddin mula mencari peluang untuk mempelbagai produk dengan menghasilkan produk yang diminta oleh pelanggan selain daripada ikan keli hidup.IKAN KELI ORGANIK SALAISebelum adanya peti sejuk, penyalaian adalah satu bentuk pengawetan dan penyimpanan yang popular.Bahan kimia yang terhasil daripada kayu yang digunakan dalam proses penyalaian membantu memperlahankan pertumbuhan mikro-organisme dan mengurangkan jumlah kelembapan bagi pembiakan bakteria.Rasa dan tekstur produk ikan keli organik yang disalai banyak bergantung kepada beberapa faktor termasuk kualiti ikan, jenis kayu yang digunakan untuk menyalai dan cara penyalaian.Ikan yang disalai secara betul akan dapat mengekalkan nilai khasiat ikan segar berkenaan."Selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk menghasilkan ikan keli salai dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat mengenai peralatan, teknik dan proses bagi menghasilkan ikan keli salai."Saya akhirnya mendapat apa yang saya mahukan di laman web di Jerman", kata Shaharuddin kepada Bernama semasa ditemubual di premis perniagaannya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor baru-baru ini.Beliau terbang ke Jerman untuk bertemu dengan pengeluar mesin berkenaan tetapi mendapati harganya agak terlalu tinggi."Walaupun tidak dijual, mereka amat menghargai usaha saya dan memberi saya skema teknologi mesin penyalai berkenaan", katanya.TEKNOLOGI TERBARUDengan rangka tindakan dalam tangan, Shaharuddin mendapatkan sebuah mesin penyalai yang dipasang siap di sini pada kos RM80,000.Menurut para pegawai LKIM, mesin penyalai yang dimiliki oleh Shaaruddin adalah satu-satunya mesin penyalai yang menggunakan teknologi terkini dalam proses menyalai, di mana penyalaian (dan haba) dihasilkan di bahagian berasingan dan kemudian disalurkan ke bahagian lain di mana ikan yang diproses digantungkan."Cara ini, daging ikan akan masak secara perlahan dan kekal lembut dan enak", kata Shaharuddin.PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNANDalam usahanya untuk mencapai kesempurnaan, Shaharuddin menghabiskan masa selama tiga bulan mencuba pelbagai teknik penyalaian untuk mengenalpasti proses penyalaian dan ramuan yang tepat.Pemilihan kayu yang betul adalah suatu yang sukar. Hanya kayu pain yang mengandungi damar akan menjadikan ikan terasa pahit dan ini digemari ramai.Beliau mendapati walaupun kayu dari pokok jambu tempatan memberikan hasil yang terbaik, mendapatkan bekalan untuknya bukanlah satu yang mudah. Beliau terpaksa mencari yang lain."Akhirnya, saya menjumpai habuk gergaji kayu oak menghasilkan asap yang bersih dan tidak tebal yang meningkatkan rasa enak ikan; menjadikan isi ikan warna yang menarik tanpa menjejaskan nilai khasiatnya", jelas beliau.Habuk kayu oak juga mudah diperoleh secara komersial.HASIL DAN PASARANPada 1hb Januari 2008, produk mula dikeluar dan dipasarkan secara komersial dengan jenama "Newtech" setelah ia berjaya menghasilkan ikan salai yang bermutu.Dengan taglinenya berbunyi: "Aromanya Membuka Selera Anda", keli organik salai "Newtech" kini dipasarkan melalui pasar tani, pasar malam, pasar segar dan di kedai makan serta runcit di Bangi, Kajang dan Putrajaya.Sebagai Presiden Persatuan Anak Angkat Jabatan Perikanan Selangor, Shaharuddin juga mewujudkan satu rangkaian pengedar untuk produk berkenaan.Syarikat berkenaan turut aktif menyertai pameran dan ekspo yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti FAMA dan MeCD di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Pengguna yang menitik berat akan kesihatan menyambut baik hasil produk Shaharuddin lebih-lebih lagi ia menerima sijil "halal" daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Hasil pengeluaran harian mencatatkan pertambahan sekali ganda pada suku tahun kedua dan sekali ganda lagi pada suku tahun ketiga dan keempat.Pada peringkat awal, pengeluaran produk adalah cuma kira-kira 20 kg sehari pada Januari dan meningkat kepada 40 kg pada Mac, 60 kg pada Jun, 80kg pada September; mencecah 100 kg sehari atau 2.5 tan metrik sebulan pada Disember 2008.Permintaan kian bertambah hingga melebihi tawaran. Syarikat berkenaan kini terpaksa mendapatkan bekalan ikan daripada pemilik akuakultur, tetapi dengan syarat ikan keli diberi makan pelet."Kami menawarkan RM3.80 setiap kilogram ikan daripada penternak ikan keli, yang saiznya telah ditetapkan termasuk penghantaran", kata Shaharuddin.KELEBIHAN IKAN KELI DIBERI MAKAN PELLETTidak seperti ikan sejenis yang hidup dalam lumpur di sungai, ikan ternakan di kolam milik One Newtech diberi makan pelet menjadikan isi ikan terasa manis, kenyal tetapi lembut.Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan.Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan.Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.PENGEMBANGAN PASARANOne Newtech akan memulakan satu program pengembangan bertujuan agar produk syarikat boleh diperoleh di pasar raya seperti Carrefour, Giant dan Tesco.Shaharuddin menjangka tahap pengeluaran harian akan meningkat lagi sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini.Sehubungan itu, syarikat merancang menambah ketuhar penyalai selain meningkatkan kebersihan premis bagi mematuhi Prosidur Pengendalian Standard Kebersihan (SSOP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).Dalam usaha mempelbagaikan produk, One Newtech baru-baru ini telah menambah daging salai dalam tawaran produknya.Turut tersenarai dalam produk barunya ialah ikan tilapia dan ikan patin salai."Akhirnya, kami berharap dapat memperoleh sijil HACCP", kata Shaharuddin.HACCP ialah satu proses yang digunakan untuk menentukan potensi bahaya dalam pengeluaran makanan serta menentukan satu sistem pengurusan dan pengawasan yang ketat bagi memastikan produk makanan selamat untuk dimakan.Pensijilan ini adalah satu proses yang ditetapkan untuk jualan produk makanan yang siap proses dalam pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat.-- BERNAMA

Saturday, July 18, 2009

::Serba sedikit tentang Ikan Keli::

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.


Ikan Keli yang dijual di pasar.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan Keli Kayu
Ikan Keli Bunga
Ikan Keli Eksotika
Ikan Keli Limbat
Ikan Keli Mata Kati
Ikan Keli Rusia
Ikan Keli Afrika

::Beberapa gambar Ladang Agrikan yang kami sempat berkongsi dengan anda semua buat masa sekarang::


k

Friday, July 17, 2009

::Khasiat Ikan Keli::

Haiwan yang dianggap sebagai ikan kotor ini di suatu ketika dahulu menyimpan banyak kebaikan terhadap kesihatan. Jika di lihat dari segi kehidupan haiwan ini ianya memang terlalu rakus tentang pemakananya dari daunan hingga ketahap bangkai. Dengan adanya kajian pemakanan yang betul maka dan khusus ianya tidak lagi dianggap ikan kotor malah di iktiraf sebagai ikan paling banyak khasiat dan protein. Malah ianya bukan sekadar makanan namun banyak faedah terhadapnya. Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

::Lawak - Pak pandir dan ikan keli::

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...


Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.


Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?


Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.


Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.


Mak Andih: ???

Tuesday, July 14, 2009

::Welcome to Agrikan: The Catfish Farm::

::Pengenalan::

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Kami daripada Ladang Agrikan adalah penternak IKAN KELI yang beroperasi di Beranang,Selangor.Pengusaha ladang ini adalah terdiri daripada empat orang yang berbilang kaum iaitu En.Arman,En,Jason Goh,En.Karthi dan En.Chandra (selaras dengan konsep SATU MALAYSIA lah katakan). Walaupun kami dari tempat dan bangsa yang berlainan tetapi matlamat and misi kami tetap sama.

::Misi:: 

Misi kami adalah untuk menjadi pembekal utama ikan keli dan pelbagai makanan berasas ikan keli kepada semua masyarakat dalam and luar negara.