Welcome

Welcome to Agrikan !!

Saturday, July 18, 2009

::Serba sedikit tentang Ikan Keli::

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.


Ikan Keli yang dijual di pasar.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan Keli Kayu
Ikan Keli Bunga
Ikan Keli Eksotika
Ikan Keli Limbat
Ikan Keli Mata Kati
Ikan Keli Rusia
Ikan Keli Afrika

::Beberapa gambar Ladang Agrikan yang kami sempat berkongsi dengan anda semua buat masa sekarang::


k

Friday, July 17, 2009

::Khasiat Ikan Keli::

Haiwan yang dianggap sebagai ikan kotor ini di suatu ketika dahulu menyimpan banyak kebaikan terhadap kesihatan. Jika di lihat dari segi kehidupan haiwan ini ianya memang terlalu rakus tentang pemakananya dari daunan hingga ketahap bangkai. Dengan adanya kajian pemakanan yang betul maka dan khusus ianya tidak lagi dianggap ikan kotor malah di iktiraf sebagai ikan paling banyak khasiat dan protein. Malah ianya bukan sekadar makanan namun banyak faedah terhadapnya. Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

::Lawak - Pak pandir dan ikan keli::

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...


Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.


Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?


Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.


Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.


Mak Andih: ???

Tuesday, July 14, 2009

::Welcome to Agrikan: The Catfish Farm::

::Pengenalan::

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Kami daripada Ladang Agrikan adalah penternak IKAN KELI yang beroperasi di Beranang,Selangor.Pengusaha ladang ini adalah terdiri daripada empat orang yang berbilang kaum iaitu En.Arman,En,Jason Goh,En.Karthi dan En.Chandra (selaras dengan konsep SATU MALAYSIA lah katakan). Walaupun kami dari tempat dan bangsa yang berlainan tetapi matlamat and misi kami tetap sama.

::Misi:: 

Misi kami adalah untuk menjadi pembekal utama ikan keli dan pelbagai makanan berasas ikan keli kepada semua masyarakat dalam and luar negara.